PENTADBIRAN



PROGRAM PERMATA ICT 2012

RASIONAL

Kemahiran ICT merupakan elemen penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya juga merupakan satu perkara yang mesti dikuasai oleh semua murid di dalam era teknologi maklumat. Jesteru itu, program ini diadakan bagi membuka ruang kepada murid mengenal dan mempelajari serba sedikit kemahiran ICT bagi membantu mereka menjalani kehidupan di dalam era teknologi maklumat masa kini.

OBJEKTIF

1.      Memberi peluang kepada murid untuk mempelajari beberapa asas penting di dalam penggunaan ICT.

2.      Mendedahkan murid tentang aplikasi ICT yang dapat membantu mereka di dalam urusan seharian.

3.      Murid dapat mempelajari beberapa asas ICT yang dapat mereka aplikasikan di dalam proses P&P

4.      Memberi peluang kepada murid untuk mengguna dan membina bahan yang berkaitan dengan ICT.

5.      Memberi peluang kepada murid untuk berdaya saing mencipta sesuatu yang berlainan.

CADANGAN AKTIVITI

1.      Kelas aplikasi MS Office (Power Point) serta pertandingan membina slide show.

2.      Kelas Pembangunan dan Pengurusan Blog serta pertandingan membina blog.

3.      Kursus asas pemasangan komponen komputer serta pertandingan memasang komponen komputer. (Tahun 6)

4.      Bengkel pembinaan email dan laman sosial

5.      Kuiz pengetahuan serta kemahiran ICT

TEMPOH PERLAKSANAAN

4 Minggu (Bermula 17 September – 17 Oktober 2012)

Minggu Pertama : Kelas Pembangunan dan Pengurusan Blog/Pertandingan

Minggu Kedua : Kelas aplikasi MS Office (Powerpoint)/Pertandingan

Minggu Ketiga : Kursus asas pemasangan komponen komputer/pertandingan

Minggu Keempat : Bengkel pembinaan email dan laman social.

KUMPULAN SASARAN

Murid tahun 4,5 dan 6 SK Pengkalan Tentera 2012

PENUTUP

Diharap agar program ini dapat dijalankan dengan jayanya sepertimana yang telah dirancangkan. Kejayaan yang diharapkan bukanlah hanya kepada perjalanan aktiviti sahaja, tetapi apa yang lebih penting adalah agar matlamat dan objektif yang ditetapkan dapat dicapai sepenuhnya. Manfaat yang diperolehi nanti sudah tentu akan member impak yang positif kepada anak didik supaya lebih cemerlang dalam apa jua bidang.

No comments: