Tuesday 12 March 2013

VISI DAN MISI SK PENGKALAN TENTERA


VISI
SK Pengkalan Tentera
Kuantan

 Membina Jatidiri Murid Cemerlang

MISI
SK Pengkalan Tentera
Kuantan



d Melaksanakan tatacara pengurusan pendidikan yang berkompetensi serta effisien dengan penanda aras GPS pada tahap yang cemerlang berlandaskan program PKKP.
d Berusaha meningkatkan prestasi ko-kurikulum sebagai wadah melahirkan pelajar yang cergas dan berkeyakinan serta gagah menghadapi pelbagai rintangan dengan prinsip “Malaysia Boleh”.
d Mewujudkan pelajar yang cemerlang sahsiahnya dengan berbudi-bahasa, berketerampilan serta berkarisma dengan mengamalkan nilai-nilai murni berpandukan  Rukun Negara.
d Berusaha meningkatkan kesiapsiagaan intelektual guru-guru dan para pelajar sebagai pengguna teknologi serta penyumbang kepada tamadun yang saintifik dan teknologi bestari masa depan.
d Mewujudkan sekolah selamat dengan persekitaran sekilah ceria dan kondusif dengan mengutamakan sifat bertoleransi serta kesejahteraan sejagat.




Wednesday 2 May 2012

ASMAUL HUSNA
Dalam agama Islam, Asmaul Husna (bahasa Arab: اسماء الله الحسنى) adalah sembilan puluh sembilan (99) asma (nama) Allah SWT yang terbaik. Sejak dahulu para ulama telah banyak membahas dan menafsirkan Asmaul Husna ini. Meskipun timbul perbezaan pendapat tentang jumlah nama itu, ada yang menyebut 132, 200, bahkan 1000 nama, namun menurut mereka, yang terpenting adalah hakikat Zat Allah SWT yang harus difahami oleh orang-orang yang beriman.
Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.Para ulama berpendapat bahwa kebenaran adalah ketetapan dengan kebenaran yang lain. Dengan cara ini, masyarakat Muslim tidak akan mudah menulis "Allah adalah ..." kerana tiada satupun yang dapat disetarakan dengan Allah. Perbahasan berikut hanyalah pendekatan yang disesuaikan dengan konsep akal kita yang sangat terbatas ini. Semua kata yang dilekatkan pada Allah harus difahami keberbezaannya dengan penggunaan wajar kata-kata itu.
Para ulama menekankan bahwa Allah adalah pencipta dan penguasa alam yang abadi dan alam yang fana. Semua nilai kebenaran mutlak hanya ada (dan bergantung) pada-Nya. Dengan demikian, Allah Maha Tinggi. Tapi juga Allah Maha Dekat. Allah Maka Kuasa. Tapi juga Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Sifat-sifat Allah dijelaskan dengan istilah Asmaul Husna, yaitu nama-nama yang baik.